Pakar Akademik Bimbang Dengan ‘Trend’ Pelajar Sekolah Rendah Kuasai Bahasa Inggeris Sebelum Bahasa Melayu – “Keadaan Ini Boleh Menjejaskan..”

Berita

Pakar Akademik Bimbang Dengan ‘Trend’ Pelajar Sekolah Rendah Kuasai Bahasa Inggeris Sebelum Bahasa Melayu – “Keadaan Ini Boleh Menjejaskan..”

Melalui laporan Harian Metro, Prof Madya Dr Azizah Zain, Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UPSI, merasakan trend kanak-kanak sekolah rendah di bandar menggunakan bahasa Inggeris sebagai pertuturan utama perlu diberi perhatian serius.

Kanak-kanak bandar sering guna bahasa Inggeris

Menurut beliau, apabila kanak-kanak terlalu awal dominan dalam bahasa Inggeris, mereka berisiko tidak mampu fikir mendalam menggunakan bahasa Melayu dan itu boleh menjejaskan pemahaman konsep penting yang hanya boleh dihargai melalui bahasa ibunda.

Advertisement

Bahasa Melayu bukan sekadar alat komunikasi, ia adalah wadah jati diri bangsa kita kerana kanak-kanak yang lebih selesa berbahasa Inggeris mungkin kehilangan nuansa budaya dan nilai-nilai yang terkandung dalam bahasa Melayu.

budak sekolah

Katanya lagi, amat penting buat kanak-kanak mengetahui hierarki bahasa.

Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan sepatutnya menjadi asas yang kuat terlebih dahulu sebelum kanak-kanak menguasai bahasa kedua.

Ibu bapa dinasihati, ajar anak tentang kekayaan budaya Melayu

Dr Azizah akui ada kelebihan bila kanak-kanak pandai dalam bahasa Inggeri, di mana dari segi keyakinan global, peluang kerja dan akses maklumat tetapi beliau merasakan seorang anak yang kukuh dalam bahasa Melayu dulu, kemudian baru belajar Inggeris, jauh lebih pandai.

budak sekolah

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya mengajar anak fikir dalam bahasa Melayu dan dedahkan mereka dengan kekayaan budaya Melayu seperti pantun, syair dan cerita rakyat.

Dalam masa sama, Dr Azizah turut gesa pihak sekolah memastikan Bahasa Melayu kekal jadi bahasa utama dan bukannya dibayangi bahasa Inggeris yang diajar sebagai subjek tambahan sahaja.

Ameera Khan tak boleh cakap bahasa Melayu ke
2025-08-10 15:15:09

Beri Kata Semangat Buat Jefri Nichol, Temu Bual Ameera Khan Buat Netizen Indonesia Persoal - "Dia Gabisa Cakap Melayu Kah?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...