Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pakaikan Aaisyah Baju Seksi, Che Ta Ditegur Netizen

Mengijak usia lima tahun, segala gerak geri Aaisyah Dhia Rana kini makin diperhatikan netizen apatah lagi beliau kini khabarnya semakin pandai bergaya seperti ibunya, Rozita Che Wan.

Aaisyah dhia rana seksi

Advertisement

Namun begitu, foto percutian yang dikongsikan oleh Che Ta di laman Instagram miliknya seakan menimbulkan rasa kurang senang warganet yang dilihat tidak segan menegur pakaian anak bongsu pelakon itu kerana disifatkan terlalu seksi dan terdedah.

Aaisyah cheta

Dalam posting tersebut, Aaisyah dilihat sedang sedang berbaring di riba ibunya sambil menyarung dress berwarna hijau turquoise dan skirt kuning.

Lebih mengejutkan, hasil permerhatian mendapati, ruangan komen entri tersebut dihujani kata-kata daripada pengikutnya yang mengingatkan Che Ta agar lebih berhati-hati dalam memilih pakaian anak kerana ia mampu mengundang bahaya pada anak lebih-lebih lagi kepada golongan pedofilia. 

Tidak ketinggalan, wargamaya juga turut menyifatkan segala teguran yang dilaksanakan adalah demi kebaikan mereka sekeluarga.

Aaisyah che ta seksi

Bagaimanapun, wujud juga segelintir pihak yang memaklumkan bahawa tiada masalah untuk memakaikan anak pakaian seperti itu memandangkan beliau masih lagi kecil, namun tidak perlu dikongsikan untuk tatapan umum di media sosial.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    October 8, 2020 at 9:48 am

    bg aku sebagai seorang perempuan sendiri, kecik2 biaq pi die nk pkai baju ape. bagi dia rasa. tp dlm pada tu hari2 kena bgtau nt dah baligh dah period, kene pakai elok2 sbb dah jadi gadis. dah tanggung dosa sendiri. benda2 tu kena explain. bdk apa tau. kita yg corakkan depa. bagitau lah. knp xboleh. nt pelan2 dia paham dia tau la nk pakai satgi.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top