Isteri kepada penyanyi dan juga pendakwah Opick, Bebi Silvana mendedahkan bahawa dia telah dihalau oleh ‘seseorang’ daripada rumah milik suaminya sendiri.
Tidak menyebut siapakah ‘individu’ yang dimaksudkan, Selvina berkata dia berasa lega kerana tidak perlu lagi melayan ‘drama-drama’ air mata dan murahan yang sering berlaku di rumah itu.
Syukur tiada lagi manusia yang menunjukkan muka dan usir aku dengan drama-drama nangis.
Pakaian saya dibuang dari almari, alat solek yang mahal telah dihancurkan. Tanpa rasa malu dan salah, tanpa minta maaf.
Selvina walau bagaimanapun tetap tertanya-tanya apakah salahnya sehingga diperlakukan sedemikian rupa.
Saya menangis sedih dan sepi. Tidak henti bertanya apa yang salah.
Terdahulu, Selvina pernah mengaku bahawa dia pernah keluar daripada rumah kelamin kerana masalah rumah tangga serta membawa dua anak mereka iaitu Hasan dan Husen.
Namun begitu, penyanyi lagu Rapuh itu memaklumkan Selvina pulang ke kampung untuk melawat ibunya yang sedang sakit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.