Pakaian Nikah Dijahit Ketat, Tukang Jahit Maki Hamun Bakal Pengantin Kerana Menempah Dengannya

Trending

Pakaian Nikah Dijahit Ketat, Tukang Jahit Maki Hamun Bakal Pengantin Kerana Menempah Dengannya

Seorang bakal pengantin memberitahu pakaian nikah yang ditempahnya dari seorang tukang jahit yang dikenali di Instagram telah salah menghasilkan saiz untuk baju itu.
mayangathirahAN

Apa yang mengecewakan, tukang jahit tersebut mempersalahkan bakal pengantin itu kerana tidak memberi baju contoh, walaupun dia telah mengambil ukuran badan pengadu sebelum menyiapkan tempahannya. Dan lebih menarik, tukang jahit ini juga memaki hamun pelanggannya dengan pelbagai gelaran memalukan.

Advertisement


Mayang Ilani Ibrahim menulis di akaun Facebooknya:

Dugaan nak berkahwin. Saya tempah baju kat satu tukang jahit ni. Instagram dia @tyrajaft followers 18,000. Saya pernah tempah baju nikah dekat dia lama dah.

Kemudian selepas beberapa bulan baru ambil (konon nak buat baju tunang tapi tak jadi) jadi bila saya dapat baju tu, fitting tak muat. Kemudian dia cakap:

“OMG awak dah gemok. Tak apa, saya bukak balik pasi-dart- jahitan (whatever shit) jadi that awak boleh pakai”

Kemudian selepas dibuka masih ketat nak mampus (rujuk gambar pertama).

Kemudian untuk jaga hati, saya tak beritahu dia and saya tempah baju baru. Kemudian saya memang anggap saya dah gemuklah.

Kemudian saya tempah lagi baju nikah lelaki untuk tunang saya dengan dia. Masa nak ambil (empat hari sebelum hari nikah) saya tengok baju tu jahit cincai, dan pendek.

Kemudian saya beritahu dia yang baju tu kecil. Serta merta dia sound saya

“Tak payah argue, esok ambil barang awak.”

Di mana adik saya ada nak tempah kat dia untuk pukal sebab adik saya nak buat berniaga. Disebabkan dia marah saya, dia terus tak nak buat baju adik saya. Tak profesional langsung.

Adik saya dah habis banyak untuk kain and jangkakan nak buat berniaga untuk raya ni. Jadi apabila saya beritahu saya tak nak bayar baju laki ni sebab saya tak boleh pakai (saya dah bayar separuh) dia melenting dan biadap.

Okay sekarang anda semua hakimi sendiri perbualan saya dengan dia. Saya perlu membayar untuk dua baju yang saya tak boleh pakai. Siap ugut taknak beri balik kain adik saya (yang pukal tu) kalau saya tak bayar baki RM 120.

Dahlah salah jahit, bila nak ubah suai suruh datang esok. Kos perjalanan Shah Alam-KL pakai bulu kau ke? Konon ugut laporan polis. Takut pulak aku?

Aku maafkan kau. Tapi sebab kurang ajar dua hari lagi nak nikah oiiiiiiiiii.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

Setelah Mayang memuat naik mengenai tukang jahit bernama Athirah Jaafar itu ke Facebook, dia telah menulis satu status memaki hamunMayang Ilani:

19

Selepas dikecam Netizen, Athirah telah memadam status maki hamun tersebut namun masih mempersalahkan pelanggannya.

Dia juga merujuk kepada Mayang Ilani sebagai ‘betina’ dan mendakwa telah difitnah dan akan membuat laporan polis :

20

21

22
Suami Athirah juga telah menghina tunang Mayang kerana tidak bersenam di gimnasium sebelum menempah pakaian nikah stail Wak Doyok:
18118424_1503342733072220_254997707784856474_n

18198603_1590323281009192_7001761466860612587_n

Pada pendapat penulis, sekiranya Athirah merasakan caj yang dikenakan terlalu murah untuk skil beliau yang sangat hebat itu, beliau sepatutnya menaikkan harga perkhidmatannya.

Disebabkan harga dan rekaan asal yang diminta oleh Mayang Ilani dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dari awal maka dia sepatutnya bersikap olebih profesional, bukan dengan mempersalahkan pelanggannya dan memaki hamun.

Athirah juga mencabar Mayang untuk berjumpa dengannya jika tidak puas hati, tetapi Athirah sendiri enggan berjumpa untuk berbincang mengenai masalah itu sebaliknya meninggalkan baju yang sudah siap dijahit di kerusi hadapan kilangnya sahaja.

Meletakkan harga murah kemudian mempersalahkan pelanggan kerana memilih dia sebagai tukang jahit kerana harga yang ditawarkan bukan bermakna dia boleh menjahit dengan tidak mengikut spesifikasi yang dipersetujui kemudian mempersalahkan pelanggan pula kerana memilihnya.

Penulis sendiri merasakan kata-kata bahawa ‘customer is always right’ ada kalanya tidak benar, tetapi bukan untuk kes ini.

Mungkin Athirah ada masalah dan alasan tersendiri, tetapi cara beliau menangani aduan Mayang tidak sepatutnya berlaku. Bagaimana pendapat anda?

Sumber: Mayang Ilani, Athirah Jaafar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...