Pakaian “Ngepan Indu” Dipersenda : Masyarakat Iban Tuntut Kumpulan Zero Mohon Maaf

Hiburan

Pakaian “Ngepan Indu” Dipersenda : Masyarakat Iban Tuntut Kumpulan Zero Mohon Maaf

Maharaja Lawak Mega 2017 yang baru sahaja diadakan pada hari Jumaat lepas telah dihimpit kontroversi apabila kumpulan Zero dikatakan telah menghina pakaian tradisi masyarakat Iban yang dikenali sebagai Ngepan Indu. Pakaian itu secara tradisinya digunakan oleh kaum wanita masyarakat Iban.

Advertisement

Menurut mereka tindakan Syaiful Zero yang mengenakan pakaian tersebut semasa membuat persembahan bersama dua lagi ahli kumpulannya iaitu Atu dan Sharif seolah-olah mempersendakan pakaian tradisional berkenaan. Beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh NGO yang meminta agar kumpulan itu memohon maaf secara terbuka kerana ia merupakan pakaian yang dianggap suci oleh orang Iban.

Malah, Presiden Persatuan Dayak Miri (DAM), Serawa Budol, menyifatkan komedi yang dipersembahkan oleh Zero itu menghina masyarakat Iban.

Bukan sahaja mereka menyinggung perasaan komuniti Iban, pertunjukan komedi itu telah menghina dan mengejek budaya kerana jantina lain tidak dibenarkan memakai pakaian tradisional itu. Kami mahu penganjur dan anggota kumpulan berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka atas kejadian itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Selain DAM, NGO lain yang mengutuk persembahan Zero ialah Kumpulan Pemikir Dayak (DDTG), Pemuda Dayak Sarawak cawangan Limbang, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Dayak Kuching yang telah menyuarakan kritikan mereka secara terbuka.

Berdasarkan laporan media tempatan, tiga laporan polis dibuat oleh tiga NGO di Balai Polis Pusat Miri sejak Isnin lepas.

Mungkin kumpulan Zero juga tidak mempunyai niat untuk menghina pakaian tradisi masyarakat Iban itu. Apa-apa pun, kadang-kadang mungkin ada yang tersinggung dengan tindakan kita tanpa disedari. Permohona maaf secara terbuka adalah tindakan yang terbaik buat masa ini agar isu ini tidak berpanjangan.

Sumber Berita : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...