Pakaian Mirip “Dewa Cao Guo Jiu”, Khairuddin Mohon Maaf

Trending

Pakaian Mirip “Dewa Cao Guo Jiu”, Khairuddin Mohon Maaf

image

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman memohon maaf berikutan pemakaian baju yang dipakainya ketika majlis perayaan Tahun Baru Cina di Wangsa Permai menyerupai Dewa Cao Guo Jiu.
 Difahamkan, menurut kefahaman masyarakat Cina, Dewa Cao Guo Jiu adalah Dewa Rezeki.

Advertisement

Menurut Khairuddin, beliau telah dimaklumkan oleh penduduk disitu, pakaian tersebut adalah pakaian ala Maharaja China.

image (1)

image

Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year (Tahun Baru Cina) adalah berbentuk perayaan masyarakat cina dengan sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama.

Sebagai menghormati majlis budaya bangsa lain, saya tak menolak untuk memakainya,” sebagaimana yang dilaporkan Sinar Online.

Ujar beliau juga, beliau memohon keampunan dari Allah sekiranya ‘tersilap langkah’ dalam hal ini.

Saya serahkan isu ini kepada kepimpinan pusat untuk putuskan kedudukan saya.

Kalau saya tersalah dari segi hukum, saya mohon keampunan dari ALLAH  dan saya mohon maaf jika ada yang tersinggung,” katanya.

Kata beliau lagi, walaup apa pun, beliau yakin Pas yang dipimpin oleh Kepimpinan ulama dan mereka lebh arif dari segi hukum dalam masyarkat majmuk seperti Selangor.

Apa pun pandangan nanti, saya terima“, katanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...