Penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman baru-baru ini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya dan berkongsi mengenai perkara itu dengan peminat di Instagram.
Dalam hantaran itu, Fuad juga memaklumkan bahawa dia menerima hadiah istimewa daripada kekasih hatinya yang juga penyanyi Tom iaitu sebuah papan luncur ombak berwarna biru putih.
Dia yang pada ketika itu bersama Tom sedang berada di Cherating, Pahang untuk melakukan aktiviti ‘surfing’.
Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran namun tumpuan mereka lebih tertumpu kepada pemakaian Tom.
Selain mengkritik kasut yang dipakai penyanyi wanita itu, netizen juga ada memberi komen mengenai pakaian Tom yang seksi dan beranggapan tidak perlu ditayang di media sosial.
Terdahulu, Fuad Rahman dan Tom mengumumkan bahawa mereka bakal berkahwin tidak lama sahaja lagi setelah cinta yang terputus sebelum ini bertaut semula ketika menyertai program nyanyian Gegar Vaganza.