Seperti semua peminat tahu, Fasha Sandha dan Nora Danish menjaga hubungan baik di antara mereka dan malah saban tahun juga masing-masing masih mengekalkan silaturrahim dengan ibu kepada bekas suami mereka, Jejai.
Akrab bersama keluarga besar Jejai
Terbaru, dua aktres jelita itu dilihat bersama-sama menghadiri majlis berbuka puasa di rumah bekas keluarga mentuanya itu, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Menerusi Instagram, Fasha berkongsi foto-foto ketika majlis itu dan mereka berdua dilihat menggayakan busana berwarna sedondon dan tidak kekok bersama keluarga besar Jejai.
Ada hikmah apa yang berlaku
Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan komen netizen yang suka melihat hubungan baik Fasha, Nora dan Jejai serta keluarga besarnya itu.
Malah, ada yang berkata apa yang berlaku sebelum ini di antara mereka bertiga ada hikmahnya dan kini hubungan mereka begitu baik demi anak-anak.
Suka tengok Nora dan Fasha. Sangat matang.