Pakai Tudung Tutup Dada, Hannah Delisha Raih Pujian Netizen

Hiburan

Pakai Tudung Tutup Dada, Hannah Delisha Raih Pujian Netizen

Umum sedia maklum, pelakon serba boleh, Hannah Delisha telah membuat keputusan untuk berhijab pada September lalu.

Advertisement

Rentetan itu, ramai dalam kalangan pengikutnya kini seakan memuji penampilannya yang dilihat amat sopan dan sempurna.

Terbaharu, Hannah tampil memuat naik beberapa foto di sebuah majlis menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, jelas kelihatan gaya tudung Hannah yang dilabuhkan hingga menutupi bahagian dada ternyata meraih pujian daripada pengikutnya.

Untuk rekod, Hannah sebelum ini mengakui beliau pernah terfikir tentang soal rezeki selepas mengambil keputusan untuk berhijrah, bagaimanapun, beliau kini langsung tidak risau lagi kerana  percaya dengan ketentuan dan segala rezeki adalah daripada Allah SWT.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...