Seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai pengurus artis tampil menegur selebriti wanita bertudung agar tidak menipu mengenai penampilannya yang kini kurus.
Dalam hantaran TikTok, lelaki itu meminta agar selebriti wanita itu supaya lebih bersikap jujur kerana punca dia kurus adalah disebabkan pembedahan bariatrik dan bukannya mengambil produk seperti yang didakwa.
Jujur lah ya, kalau potong perut, cakap potong perut. Memanglah teh founder bayar artis-artis tu untuk potong perut. Lepastu promote produk mereka.
Nanti artis-artis tu cakaplah ‘minum kerana itu’, ‘minum kerana ini’, tak jujur dik.
Lelaki berkenaan juga mendakwa mana-mana selebriti yang melakukan pembedahan bariatrik sukar untuk mengekalkan berat badan setelah kurus.
@afeeqiqnarcio JUJUR ME.GROUPMALAYSIA
Dia juga menasihatkan agar selebriti wanita bertudung itu untuk berhenti menipu mengenai isu penurunan berat badannya.
Pakai tudung, tapi menipu. Malu!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula meneka siapakah selebriti wanita yang dimaksudkan lelaki itu meskipun tidak didedahkan identiti sebenar artis tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.