“Pakai Tudung Tak Tu?” – Netizen Tegur Nabila Razali Pakai Baju Renang Ketat, Hanya Tutup Rambut Dengan Topi

Hiburan

“Pakai Tudung Tak Tu?” – Netizen Tegur Nabila Razali Pakai Baju Renang Ketat, Hanya Tutup Rambut Dengan Topi

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi iaitu Nabila Razali memuat naik gambar percutiannya di Pulau Redang menerusi laman Instagram miliknya yang telah menjadi perhatian netizen.

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi lagi Pematah Hati itu dilihat sedang berdiri dalam air laut dengan memakai baju renang.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah pemakaian baju renang Nabila itu yang dianggap ketat dan menampakkan bentuk badannya.

Malah, ada juga netizen yang menegur tentang aurat lehernya dan mempersoalkan apabila dia dilihat hanya memakai topi untuk menutup rambut di ruangan balas.

Itu pakai tudung tak tu? – netizen.

Leher aurat kan?” tulis seorang pengikut.

Maaf tegur ketat sangat baju tu nampak bentuk badan,” tulis seorang warganet.

Kalau boleh jangan post gambar ni please, tak manis orang tengok, kalau boleh simpan sendri je, jangan tunjuk dekat orang lain,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Aurat Jaga..."- Netizen Tegur Ara Johari Sebab Pakai Seksi Nampak Betis Hingga Paha

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...