Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi iaitu Nabila Razali memuat naik gambar percutiannya di Pulau Redang menerusi laman Instagram miliknya yang telah menjadi perhatian netizen.
Menerusi hantaran tersebut, penyanyi lagi Pematah Hati itu dilihat sedang berdiri dalam air laut dengan memakai baju renang.
Namun, apa yang menjadi perhatian netizen adalah pemakaian baju renang Nabila itu yang dianggap ketat dan menampakkan bentuk badannya.
Malah, ada juga netizen yang menegur tentang aurat lehernya dan mempersoalkan apabila dia dilihat hanya memakai topi untuk menutup rambut di ruangan balas.
Itu pakai tudung tak tu? – netizen.
“Leher aurat kan?” tulis seorang pengikut.
“Maaf tegur ketat sangat baju tu nampak bentuk badan,” tulis seorang warganet.
“Kalau boleh jangan post gambar ni please, tak manis orang tengok, kalau boleh simpan sendri je, jangan tunjuk dekat orang lain,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.