Umum mengetahui pelakon jelita Fouziah Gous kini sudah berhijab sepenuhnya selepas beliau pulang dari menunaikan ibadah haji Ogos lalu. Perubahan beliau itu menjadi perhatian ramai sehingga kini apatah lagi Fouziah kelihatan lebih cantik dan manis.
Namun, foto beliau memakai tudung singkat bersama T-Shirt putih dan berseluar jeans mendapat komen negatif daripada netizen yang menganggap penampilan beliau itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah dan bergelar hajah. Bagaimanapun foto itu sudah dipadam daripada akaun Instagramnya.
Menerusi Insta Storiesnya pula, Fouziah berkata tidak adil untuk netizen terus menghukum dan mengkritik dirinya. Beliau sedang mencuba untuk menjaga penampilannya dan menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Fouziah turut menjelaskan, ada kalanya faktor cahaya dan gaya beliau ketika bergambar secara tidak langsung memberikan gambaran ataupun memperlihatkan bahagian ketat.
Untuk melakukan perubahan memang akan ada dugaan dan cabaran tersendiri. Lebih-lebih lagi kalau bergelar selebriti, pasti semuanya akan dipersoalkan oleh netizen. Namun, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Kepada Fouziah, pedulikan sahaja segala komen-komen negatif dan terus beristiqamah.

ahli kubor
December 11, 2018 at 9:28 am
semua komen mcm nak tunjuk diri tu bagus dan sempurna la sgt..padahal munafik..
diva AA
December 11, 2018 at 8:55 am
netizan ni smua benda nak tegor..tak faham la..dia kan ada suami,biar la suami dia yg tegor..yg korang sibuk2 buat apa..korang ingat korang tu dah cukup baik ke..cuba tgk ahli keluarga sendiri. cukup sempurna ke mereka..entah2 masing2 lagi terok.nak tunjuk pandai pun agak2 la..#tepokdahi
Aurat
December 11, 2018 at 8:20 am
maaflah ye saya cakap secara general. Bukan dituju kepada Fauziah atau sesiapa. Untuk muhasabah diri dan org lain. Kat Mekah pakaian sgt sopan jaga aurat tapi bila balik Malaysia tudung dan pakaian boleh tiba2 sgkat dan ketat. Allah cuma nmpk kita masa kat Mekah ? Sedih kdg2 org yg mempertahankan pakaian dia menutup aurat. cuba pakai pakaian yg sama yg dipakai di sini bila di Mekah?
LuHangGuakepe
December 11, 2018 at 10:49 am
Kau dah kenapa…janji sopan ok la. Esp yg bekerja…or overseas. Kau nak kena kecam terrorists ke? Kurang bijak…punya nasihat. Yaya aja.
LuHangGuakepe
December 11, 2018 at 5:10 pm
Downla gua 4…gua ta kisah…like diri sendiri 4…brapa banyak la yg tudung mcm org pergi Mekah tapi pergi romen2…lu fikir la…rasanya Fauziah ni dah cukup baik la…Allah sentiasa nampak kita walaupun kita selindung dibalik butang keyboard pura2 baik
Aurat
December 12, 2018 at 12:03 am
Sbnrmye sy x tujukan pd Fauziah. Saya cuma tengok kebanyakan orang sekarang. Maaf kalau awak terasa. Mgkin apa yg sy cakap ni salah. Sy pun pendosa dan punyai aib sendiri. Semoga kita semua jadi hamba yg dekat dgn Allah Dan jauhi larangannya.
Anonymous
December 11, 2018 at 11:44 am
Tak perlu untuk pergi Mekah baru nak jaga aurat. Memang wajib. Netizens sekrg ni mmg busy body. Penampilan orang jadi bahan kritik. Penampilan diri sendiri and keluarga, ambil kisah tak? Solat korang jaga tak? Hanya yang layak ke Syurga. Nak masuk Taman Syurga di Masjid Nabawi pun bersesak dan mencabar.
Anonymous
December 11, 2018 at 2:49 pm
I second u, i igt die cakap lepas die blk mekah n berhijab die ckp knp kat sane dgn panas bahang n bersesak2 die still boleh fully covered. Thats y die balik n berhijab n pakai mengikut kesesuaian. Tp lately ni makin lama makin die lupa apa yg die ckp. As usual lah alasan2 yg die akan bg as expected. Same je dgn mane2 artis pun.
minah senget
December 11, 2018 at 7:46 am
puan fauziah gaous….dah org tegur tu terima ja terguran tu,jgn ambik negatif apa yg org cakap.org tgeur sebab sayangkan awak
Kak ombok
December 10, 2018 at 9:12 pm
Kalao tak berani hidup dipukul ombok. Jangan lah berumah ditepi pantai. Kalao tak sanggup dengar cacian, tutup la pintu2 cacian.huhu. Manusia ni mmg tak akan tengok sape2 manusia lain nak terkeluar saf. Depa kalut sat lagi. Manusia dan kalut kelibut berpisah tiada.
TerOMBOK
December 10, 2018 at 11:47 pm
Ombok pun boleh..
WickEd
December 11, 2018 at 6:14 am
Ombok rindu…di ombok…ombak campur tembok