Umum mengetahui pelakon jelita Fouziah Gous kini sudah berhijab sepenuhnya selepas beliau pulang dari menunaikan ibadah haji Ogos lalu. Perubahan beliau itu menjadi perhatian ramai sehingga kini apatah lagi Fouziah kelihatan lebih cantik dan manis.
Namun, foto beliau memakai tudung singkat bersama T-Shirt putih dan berseluar jeans mendapat komen negatif daripada netizen yang menganggap penampilan beliau itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah dan bergelar hajah. Bagaimanapun foto itu sudah dipadam daripada akaun Instagramnya.
Menerusi Insta Storiesnya pula, Fouziah berkata tidak adil untuk netizen terus menghukum dan mengkritik dirinya. Beliau sedang mencuba untuk menjaga penampilannya dan menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Fouziah turut menjelaskan, ada kalanya faktor cahaya dan gaya beliau ketika bergambar secara tidak langsung memberikan gambaran ataupun memperlihatkan bahagian ketat.
Untuk melakukan perubahan memang akan ada dugaan dan cabaran tersendiri. Lebih-lebih lagi kalau bergelar selebriti, pasti semuanya akan dipersoalkan oleh netizen. Namun, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Kepada Fouziah, pedulikan sahaja segala komen-komen negatif dan terus beristiqamah.

miemie
December 13, 2018 at 9:58 am
yang komen FG ni pakai tudung singkat….xnk tegurke Nelofa yg pakai tudung singkat jugak nmpk telinga dan leher lg….. manusia memang xpernah adil kan…..hmmmmm
joyah pok ek
December 11, 2018 at 3:44 pm
Yang komen tu pn bukannya pakai tudung labuh pakai niqab..ni ha baru je td duk minum kat kedai..perempuan pakai tudung labuh tutup dada hisap rokok berkepul kepul..apa nak jadi lah zaman skng nih..bagilah fouziah gous masa belajar menutup aurat perlahan2..yang duk komen tu pastikan solat 5 waktu tak tinggal..itu benda first dlm kubur dan akhirat akan di tanya
sakit mata
December 11, 2018 at 8:40 pm
Yang paling best pakai tudung tutup dada tapi tshirt lengan pendek..yg ni aku tak leh hadam..
umairah
December 11, 2018 at 10:30 am
netizen yg suka mengecam. jadilah netizen yg MEMBERI NASIHAT. baguslah kalau ada jenis yg menasihat dlm ramai2 tu
Anonymous
December 11, 2018 at 10:01 am
Lebih baik kau orang dakwah kat datuk Sheila Majid….sebab dia pun dah bergelar hajjah….
Anonymous
December 11, 2018 at 9:58 am
Hi…hi…korang ni….jgn besarkan isu tudung singkat Dan sebagainya…. Aduhai…jgn sampaikan dia jadi MCM neelofa…lagi frust Kita. Neelofa Tu memang Ada target sebab Tu tak kisah buat perkara pelik… Dah…dah…. nanti dia ubah penampilan…tak perlu nak tegur secara kasar….