Umum mengetahui pelakon jelita Fouziah Gous kini sudah berhijab sepenuhnya selepas beliau pulang dari menunaikan ibadah haji Ogos lalu. Perubahan beliau itu menjadi perhatian ramai sehingga kini apatah lagi Fouziah kelihatan lebih cantik dan manis.
Namun, foto beliau memakai tudung singkat bersama T-Shirt putih dan berseluar jeans mendapat komen negatif daripada netizen yang menganggap penampilan beliau itu tidak sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita muslimah dan bergelar hajah. Bagaimanapun foto itu sudah dipadam daripada akaun Instagramnya.
Menerusi Insta Storiesnya pula, Fouziah berkata tidak adil untuk netizen terus menghukum dan mengkritik dirinya. Beliau sedang mencuba untuk menjaga penampilannya dan menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Fouziah turut menjelaskan, ada kalanya faktor cahaya dan gaya beliau ketika bergambar secara tidak langsung memberikan gambaran ataupun memperlihatkan bahagian ketat.
Untuk melakukan perubahan memang akan ada dugaan dan cabaran tersendiri. Lebih-lebih lagi kalau bergelar selebriti, pasti semuanya akan dipersoalkan oleh netizen. Namun, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Kepada Fouziah, pedulikan sahaja segala komen-komen negatif dan terus beristiqamah.