Kehadiran pelakon cilik Mia Sara di Festival Filem Malaysia yang ke 29 baru-baru ini sememangnya mencuri perhatian ramai. Dah besar dah Mia Sara rupanya. Teringat dulu-dulu kecil comel je. Sekarang ini Mia Sara sudah meningkat dewasa dan semakin matang dalam penampilan. Namun begitu, gayanya di FFM29 telah dikritik oleh netizen kerana dikatakan memakai tudung singkat dan baju yang agak ketat.
Secara jujurnya Abang Nara nampak cantik, manis dan sopan je Mia Sara di FFM29. Tak adalah terdedah-dedah macam segelintir artis wanita lain. Lagipun dia masih budak-budak, apalah yang mencolok mata sangat. Namun biasalah bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak. Namun ayah Mia Sara mengambil langkah untuk memohon maaf atas pakaian anaknya itu. Katanya:-
Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran. Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas.
Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir. Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum. Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu.
Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik. Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja.
Abang Nara respek dengan keterbukaan ayah Mia Sara kerana memohon maaf walaupun bagi Abang Nara ia bukanlah isu besar. Namun keprihatinan para netizen juga harus dipuji. Kritik itu tandanya sayang. Mungkin mereka tidak mahu melihat Mia Sara tersasar daripada jalan yang lurus. Semoga para netizen yang suka mengkritik itu pun tidak hanya menegur para selebriti, sebaliknya turut menegur kaum keluarga. Jangan sekadar hanya berani menjadi keyboard warrior. Sumber Mstar Online.