Kontroversi Fathia Latiff menari seksi di siaran langsung Bigo Live dalam rangkaian milik pelakon Natasha Eyzza telah menyebabkan namanya menjadi sebutan Netizen untuk sepanjang minggu ini.
Walaupun pada mulanya Natasha menafikan wanita yang menari sehingga menampakkan sebahagian payudara itu Fathia, pelakon yang popular dengan drama Arianna Rose itu akhirnya tampil membuat pengakuan yang memang dia yang menari dalam siaran langsung itu.
Keseluruhan artikel dengan memba entri ini sepenuhnya.
Terbaru, Fathia telah memuat naik gambarnya dengan penyanyi Indonesia, Marcell, yang kini berada di Malaysia. Dalam gambar itu, Fathia dilihat mengenakan selendang warna hitam tetapi tidak mengenakan anak tudung, menampakkan sebahagian rambut yang berwarna perang.
Walaupun menutup fungsi komen di gambar yang dimuat naik ke akaun Instagramnya itu, pengguna Instagram masih berpeluang meninggalkan komen di gambar yang fungsi komennya tidak dimatikan.
Ada yang menyarankan sebuah syarikat kosmetik menamatkan kontrak Fathia untuk menjadi duta produknya:
Ada yang bertanya jika perniagaan tudung Fathia tidak sebegitu menguntungkan, yang menyebabkan dia menunjukkan ciri-ciri ingin berhenti memakai tudung:
Malah, ada yang menuduhnya munafik dan penunggang agama serta bermacam-macam komen pedih lain telah ditinggalkan Netizen:
Beberapa hari lepas, Fathia pernah meluahkan rasa penatnya kerana asyik dimarahi kerana pelbagai isu di Twitter:
selfie kna marah, hvin private session wth gfs kena marah. post gambar dgn Tun kna marah. Boleh tak nak nomad gi amazon? situ takde line kn?
— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) September 19, 2017
Namun, Fathia masih tidak memberi sebarang reaksi berikutan kecaman-kecaman terbaru yang diterimanya. – beautifulnara.com