Penampilan Fasha Sandha yang dilihat berhijab sepenuhnya sepanjang bulan Ramadhan lalu menarik perhatian ramai peminat. Mereka turut berharap agar Fasha kekal dengan imej itu.
Bagaimanapun, Fasha menjelaskan dia belum bersedia dan masih dalam proses belajar memakai tudung. Minta peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Ramai yang suka melihat saya bertudung pada Ramadan lalu dan mengharapkan saya kekal berhijab. Saya sangat menghargai harapan dan doa mereka.
Buat masa ini, saya masih lagi belajar dan beri saya masa kerana banyak yang perlu diperbaiki. Secara jujur, saya bimbang untuk bercerita mengenai soal tudung kerana takut disalah erti. Namun, saya tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik. Doakan saya,
Tambah Fasha, suaminya Aidil Aziz juga tidak pernah mendesaknya untuk memakai tudung.
Aidil tidak memaksa atau mendesak, malah dia memberikan saya kebebasan kerana tahu apa yang terbaik untuk saya. Aidil memberikan ruang untuk saya belajar dan berubah perlahan-lahan.
Doakan yang baik-baik untuk Fasha agar satu hari nanti dia akan terbuka hati untuk kekal berhijab. Biarlah perubahan itu dilakukan tanpa paksaan dan lahir dari hati yang ikhlas kerana Allah Taala.

mamipng
July 19, 2019 at 11:55 am
ambik la berapa lama pun masa ko nak..tapi jgn main main kan agama…sat pakai sat bukak…
bravoo_girl
July 18, 2019 at 3:12 pm
Kadang aku tertanya.. betul ke artis2 nie makanan semua produk nie or dia org sekadar jadi duta hanya kerana duit…
anonymous
July 18, 2019 at 1:49 pm
sasa sado,fasha ni
Bawang
July 18, 2019 at 1:39 pm
Luruskan hati dulu. Tak pyh pakai tudung dulu kalau setakat kena paksa. Kang jd fathiah. Emma membng, senrose, bla bla lg jatuhkan imej islam.
Cikpus
July 18, 2019 at 11:15 am
Kejap eh jgn tarik nyawa aku dulu bg aku masa dulu nak pakai tudung
Anonymous
July 18, 2019 at 2:14 pm
baru nak taip benda yg sama.. tp nanti org kata acah2 tak pernah ada dosa pulak..