Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pakai Telekung Putih Dan Tersenyum, Siti Sarah Hadir Dalam Mimpi Rebecca

Rebecca Nur Al ISlam

Pelakon Rebecca Nur Al-Islam mendedahkan bahawa Allahyarhamah Siti Sarah pernah menghubunginya untuk bertanyakan khabar ketika dia dan ahli keluarganya yang lain disahkan positif COVID-19.

Ujar Rebecca, Sarah sentiasa memberikan kata-kata semangat serta doa buat dia dan ahli keluarganya ketika ditimpa musibah itu.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsi Rebecca menerusi satu hantaran Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Meskipun tidak pernah bertemu empat mata, Rebecca berkata Sarah sangat prihatin malah ingin memperkenalkan dengan doktor peribadi jika berlaku sebarang masalah kesihatan sepanjang tempoh kuarantin.

Advertisement

Malah, dedah Rebecca, dia pernah bermimpi didatangi arwah dengan memakai telekung putih tanpa berkata apa-apa pada hari Jumaat baru-baru ini.

Tak sangka saya mimpi hari Jumaat lepas, Sarah pakai telekung putih dan tersenyum dekat saya tanpa berkata apa-apa. Rupa-rupanya Sarah nak tinggalkan kami semua rakyat Malaysia yang sangat-sangat menyayangi Sarah.

Pada awal bulan Julai lalu, Rebecca mengesahkan dia dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah mereka dijangkiti positif COVID-19.

Selepas 14 hari menjalani kuarantin kendiri, keseluruhan anggota keluarga termasuk Rebecca sembuh daripada jangkiyan wabak tersebut.

Dalam pada itu, pelakon wanita itu turut memberi penghormatan terakhir melihat pengembumian Allahyarhamah Siti Sarah tengah hari tadi meskipun hanya daripada kejauhan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Sape

    August 12, 2021 at 4:02 pm

    Neelofa Uqasha and Rebecca main Main orang meninggal Nak naik rating tak reti respect orang meninggal

  2. tecit

    August 12, 2021 at 3:11 pm

    inilah yg fynn risaukan. tetibe la naik mimpi lah segala. ko cite jelah kebaikan die xpyh nk mimpi lah apelah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top