Pakai Songket Macam Mini Skirt Di KLFW, DS Haflin Nazri Aziz Buat Netizen Sakit Mata – “Macam Balik Snorkeling!”

Hiburan

Pakai Songket Macam Mini Skirt Di KLFW, DS Haflin Nazri Aziz Buat Netizen Sakit Mata – “Macam Balik Snorkeling!”

Kehadiran Datin Seri Haflin Nazri Aziz di pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 nyata mencuri tumpuan apabila tampil berani dengan busana songket unik yang dipadankan bersama legging.

Isteri kepada bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu melangkah penuh yakin di karpet merah dengan skirt songket pendek ala mini skirt, lengkap bersama aksesori mewah yang membuatkan penampilannya kelihatan ‘stand out’ di tengah lautan selebriti dan tetamu jemputan.

Advertisement

Namun, rekaan itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji keberaniannya menggayakan songket dengan sentuhan moden, tak kurang juga yang meninggalkan komen sinis.

“Macam baru balik snorkeling terus masuk KLFW.”

“Songket dah cantik, tapi styling tu lain macam.”

“Berani memang berani… tapi bukan semua orang boleh bawa.”

Haflin bagaimanapun dilihat tenang dan tetap tersenyum mesra sepanjang acara, seolah-olah tidak terusik dengan komen-komen pedas yang berlegar di media sosial.

Sebelum ini, Datin Seri Haflin memang terkenal dengan gaya fesyen yang bold dan tidak takut mencuba sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan, menjadikannya antara figura yang sering mencuri perhatian lensa kamera di acara-acara eksklusif.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ibu siti jamumall
2025-08-08 13:19:30

(VIDEO) Ibu Siti Jamumall Kesal Aiman Lafaz Cerai 7 Kali Dalam Setahun – “Buat Keluarga Kami Macam Tiada Maruah”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...