Pelakon jelita Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin sekali lagi menambat hati peminat apabila tampil dengan gaya simple menerusi hantarannya di media sosial.
Dalam entri terbaharunya itu, dapat dilihat isteri kepada pelakon Fattah Amin mengenakan pakaian yang ringkas dan digandingkan dengan tudung bawal berwarna coklat gelap.
Foto tersebut mendapat reaksi positif oleh warganet yang rata-ratanya memuji kecantikan Fazura yang kekal cantik walaupun tidak mengenakan pakaian mewah.
“Lawa sangat…Simple tapi tetap paling cantik,” ujar seorang peminat.
“Pakai simple pun cantik sangat..Aishhh,” uajr seorang lagi pengikut.
Sekadar info, Fazura telah mendirikan rumah tangga bersama Fattah Amin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Fazura juga terkenal dalam kalangan peminat kerana sikap merendah diri walaupun bergelar sebagai seorang selebriti.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah: