“Pakai Seluar Tunjuk O’en” – Tular ‘Influencer’ TikTok Beri Komen Berunsur Lucah, Young Syefura Buat Laporan Polis

Trending

“Pakai Seluar Tunjuk O’en” – Tular ‘Influencer’ TikTok Beri Komen Berunsur Lucah, Young Syefura Buat Laporan Polis

Seorang individu yang dikenali di TikTok tular selepas mengeluarkan kenyataan yang mengundang kritikan ramai warganet.

Menerusi video yang tular di media sosial, individu terbabit telah membidas statement yang keluar daripada Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura  ketika berkempen.

Advertisement

Kata-kata daripada lelaki berasal dari Kedah itu meraih perhatian dan mendapat pelbagai komen daripdaa netizen kerana berunsur lucah.

Kak, kak tu yang pakai seluar merabik tunjuk melerang lorong-lorong o’en dekat orang kak. Kak yang pakai serupa telanjang…”

Individu itu mengkritik Syefura yang mesra dipanggil Rara berpakaian ketat sebagai video balas ahli parlimen terbabit mengkritik Menteri Besar Kedah, Sanusi.

faiz pondan

Susulan kenyataan itu, Syefura telah membuat laporan polis terhadap individu berkenaan atas kes gangguan seksual bagi memberi pengajaran kepada semua orang yang melakukan jenayah tersebut.

Kata Syefura, dia boleh menerima kritikan jika ia melibatkan ideologi politik tetapi apa yang dilakukan individu tersebut lebih kepada serangan peribasi dan menjejaskan kehormatan wanita.

Dalam pada itu, individu tersebut masih dengan pendiriannya dan berasa dia mempunyai hak memberi teguran sebegitu kepada Syefura serta akan memberi kerjasama jika dipanggil polis.

Ramai warganet di Twitter mengkritik tindakan individu terbabit kerana mengaitkan tentang aurat dengan isu politik selain ada yang berkata dia ‘lapar’ perhatian.

YB Young sefura komen lucah
2 years ago

"Kalau Dapat Dari Malam Tak Berenti 'Pap Pap Pap'.." - Pakai Baju Kurung Siap Jaket, Young Sefura Jadi Mangsa Komen Lucah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Malay Mail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...