Penyanyi, Masya Masyitah sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila sering dilihat menggayakan pakaian yang tidak sesuai dengan imej bertudung.
Seolah tidak mengendahkan kecaman yang diterima, Masya atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff baru-baru ini memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, penyanyi berusia 22 tahun itu dilihat memakai seluar pendek jenis ‘Denim’ bersama ‘Legging’ berwarna putih ketika bercuti di Tokyo, Japan.
Teruskan berjalan. Pergi melihat semua keiindahan di dunia. Belajar, berkembang, dan teroka.
Bagaimanapun, penampilan Masya itu telah menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengguna media sosial.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah menegur bekas peserta Ceria Popstar itu untuk menjaga imej bertudung dengan mengenakan pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat.
Terdahulu, Masya pernah dikecam selepas dilihat menggayakan ‘inner’ berwarna hitam bersama baju yang kelihatan seperti pakaian dalam atau ‘singlet’ di bahagian luar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.