Sedia maklum, pelakon jelita, Eyka Farhana sudah bertunang dengan pemain bola sepak kebangsaan iaitu Akhyar Rashid pada tahun lalu.
Baru-baru ini, Eyka seolah-olah memberi bayangan dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, ia memaparkan Eyka memakai selempang ‘bride to be’.
Turut dilihat beberapa orang rakan selebriti seperti Azira Syafinaz, Mimi Lana, Amelia Henderson, Puteri Aishah dan Alicia Amin seolah-olah mengadakan bachelorette party buat Eyka sebelum dia memegang status seorang isteri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegum melihat kecantikan Eyka dan rakan-rakannya serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.