Belum usai nampaknya isu Mira Filzah yang dikatakan menyalahgunakan pakaian tradisi kaum India sehingga menimbulkan perdebatan di kalangan netizen. Meskipun pelakon dan pengacara kecil molek itu sudah tampil membuat permohonan maaf kepada mereka yang tersinggung di luar sana, namun isu itu masih belum reda.
Sebagai sebuah negara yang boleh dikatakan bebas untuk rakyatnya menyuarakan pendapat, begitu juga dengan rakan artis yang tampil untuk memberi sedikit komen mengenai isu ini.
Misalnya, penyanyi Nourul Depp menyifatkan bahawa tiada salahnya untuk setiap bangsa di negara ini untuk menggayakan pakaian daripada tradisi kaum lain.
Malah baginya, masyarakat Malaysia patut berbangga kerana hidup secara aman dan harmoni walaupun berlainan agama dan bangsa, atau dengan kata lain hidup dalam sebuah masyarakat yang majmuk.
Dia yang meluahkan pendapat itu di laman instagram miliknya sambil memaparkan dirinya sedang menggayakan pakaian sari yang merupakan pakaian tradisional masyarakat India.
“Dan kami pun nak letaklah jugak..soal sari, soal budaya..kita kan rakyat Malaysia…Kat rumah kami ada semua baju budaya Malaysia. Baju budaya Vosgien laki kami ja takdak. Pakai ja apa pun. Asalkan jangan bogel dok melilau sana sini sudah..”
Turut mengakui dirinya sangat suka memakai Sari meskipun tidak mempunyai darah kaum India, baginya tidak salah untuk bergaya dalam busana kaum lain dalam usaha memakmurkan lagi asal – usul negara Malaysia di mata dunia.

Armadan Hamdan
August 22, 2020 at 7:04 pm
AGREE! SAY NO TO RACIST!
Anonymous
August 21, 2020 at 5:47 pm
eleh, berlambak je non malays yg pakai baju kurung dan kebaya pg kerja. baru semalam tengok nightline tv3 mamat chinese tu pakai baju melayu siap bersamping bagai ok je. takde pun org nk bising culture appropriate nye pun. ni je sentap bukan main. mind u she was triggered by the fact that mira looks gorgeous in that attire compared to her…