“Pakai Pun Ketat, Nanti Jadi Duta Durex” – Ain Husniza Bersuara Isu Gangguan Seksu*l, Kesal Netizen Gemar Komen L*cah

Kehidupan

“Pakai Pun Ketat, Nanti Jadi Duta Durex” – Ain Husniza Bersuara Isu Gangguan Seksu*l, Kesal Netizen Gemar Komen L*cah

Aktivis pelajar dan pengasas Pocket of Pink, Ain Husniza Saiful Nizam, meluahkan rasa kecewa apabila sekali lagi menjadi sasaran gangguan seksual  hanya kerana aktif memperjuangkan isu kesedaran seksual dan hak wanita.

Menerusi satu hantaran di akaun X (Twitter) miliknya, @ainhsaifulnizam, gadis berusia 21 tahun itu berkongsi pengalamannya menerima komen berbaur lucah meskipun tampil dengan pakaian sopan sewaktu ditemu bual oleh sebuah portal media tempatan pada awal Jun lalu.

Advertisement

ain husniza

ain husniza

ain hsuniza

Saya pun tak pakai pakaian ‘seksi’. Tapi masih disalahkan, diperlekeh dan diejek, hanya kerana bersuara.

Ain berkata, dia hanya menyedari kewujudan komen-komen tidak bermoral itu selepas seorang pengguna TikTok, @wzmrzo, tampil mengecam tindakan tidak bertanggungjawab segelintir netizen di ruangan komen.

@wzmrzo

@ainhsaifulnizam Ain Husniza spoke up to protect children. She created tools to teach safe vs unsafe touch. But instead of listening, some men chose to sexualise her — the very thing she’s fighting to stop. This is why we NEED change. #MakeSchoolASaferPlace #StopSexualHarassment #RespectWomen #AinHusniza #EndRapeCulture #ProtectOurYouth

? original sound – ??? ? – ??? ?

Lebih mengejutkan, menurut wzmrzo, kebanyakan komen lucah tersebut datang daripada golongan lelaki dewasa yang dipercayai sudah berkeluarga dan memegang tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga.

Untuk rekod, nama Ain mula menjadi perhatian nasional pada tahun 2021 apabila dia mendedahkan isu seorang guru lelaki membuat jenaka rogol di dalam kelas. Tindakan beraninya itu membuka mata ramai pihak tentang isu keselamatan pelajar dan gangguan seksual di institusi pendidikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fila amir baby muka tak sama dengan suami
1 hour ago

"Tak Iras Pun Dengan Suami?" - Netizen Persoal Wajah Anak, Fila Amir Luah Rasa Kesal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...