Pelakon cantik, Eyka Farhana sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila dia ada memuat sebuah foto di laman Instagram, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Dia yang mengenakan baju satin berwarna hijau Emerald itu kelihatan agak seksi dan menjolok mata sehingga menampakkan sebahagian daripada lurah buah dadanya.
Meskipun tujuan utama Eyka memuat naik foto tersebut dengan tujuan untuk mempromosikan baju yang dipakainya, tetapi ada segelintir peminat mendakwa bahawa ianya tidak sesuai kerana terlalu terdedah.
“Malaikat di kiri kanan is watching..” ujar seorang individu di ruangan komen fotonya itu.
Dalam pada itu, ramai yang meninggalkan pesan buat pelakon drama Hello, Jangan Tapau Cintaku ini agar diberikan hidayah dan lebih peka dengan cara berpakaian serta lebih menjaga auratnya selepas ini.