Kehangatan malam penuh berprestij, Anugerah Juara Lagu edisi ke-37 berterusan sehingga ke hari ini di mana para peminat dan juga netizen di alam maya masih membincangkan mengenai lagu yang menjadi juara pada malam anugerah itu selain busana yang digayakan artis dan selebriti.
Tidak ketinggalan untuk ‘dihencap’, pensohor media sosial dan juga kekasih kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai yang dilihat turut hadir pada malam itu.
Hadir bagi memberikan sokongan kepada kekasih hati yang turut bertanding pada malam anugerah nyanyian dan lagu terbaik itu, Ubai dilihat hadir sambil mengenakan baju kemeja berwarna hitam putih serta seluar jeans.
Tampil dengan gaya ringkas, namun penampilan lelaki berumur 25 tahun itu nampaknya menjadi bahan kritikan netizen di media sosial Twitter, terutamanya.
Kata netizen, Ubai seperti ingin ke pasaraya sahaja dan bukannya ke majlis acara rasmi yang kebanyakan yang hadir tampil kemas dan bergaya.
idk but wear proper attire pls youre not going to kkmart :( https://t.co/D5U9lp2vCf
— hazel (@qhyraa) February 12, 2023
Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan ‘taste’ Shila Amzah yang memilih Ubai sebagai lelaki pilihan untuk bergelar kekasih hati.
Namun, ada juga yang membidas kecaman warga maya dan beranggapan bahawa Ubai merupakan lelaki berduit dan kebanyakan orang ‘berada’ memang tidak terlalu mementingkan penampilan mereka terutamanya di majlis rasmi.