‘Pakai Otak Sikit..’ – Mira Filzah Minta Fikir Dulu Sebelum Muat Naik Di Media Sosial

Hiburan

‘Pakai Otak Sikit..’ – Mira Filzah Minta Fikir Dulu Sebelum Muat Naik Di Media Sosial

Baru-baru ini, tular satu video seorang wanita menyebarkan berita palsu mengenai punca kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin akibat mengambil vaksin AstraZeneca dapat menarik perhatian pelakon Mira Filzah.

Kerana berasa marah dengan pernyataan yang dibuat oleh wanita tersebut, Mira menasihati orang ramai di Twitter agar berfikir dahulu sebelum berkongsi berita yang tidak tahu kesahihannya dalam laman media sosial.

Advertisement
mira filzahSumber : Instagram Mira Filzah  

Di dalam ciapan tersebut, Mira berkata,

Nak cakap ke tak eh. Haih. Cakaplah. Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, kenyataan ke, bergurau ke, pakai otak sikit?

Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman memuatnaik status berkenaan pada hari Isnin, berkongsi semula paparan skrin info dan individu tersebut memohon maaf.

Susulan video tersebut, polis kini sedang mengesan wanita tersebut yang turut mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) menyembunyikan perkara sebenar kematian Allahyarham di dalam video itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...