Baru-baru ini, tular satu video seorang wanita menyebarkan berita palsu mengenai punca kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin akibat mengambil vaksin AstraZeneca dapat menarik perhatian pelakon Mira Filzah.
Kerana berasa marah dengan pernyataan yang dibuat oleh wanita tersebut, Mira menasihati orang ramai di Twitter agar berfikir dahulu sebelum berkongsi berita yang tidak tahu kesahihannya dalam laman media sosial.
Di dalam ciapan tersebut, Mira berkata,
Nak cakap ke tak eh. Haih. Cakaplah. Boleh tak yang nak post apa-apa dekat Instagram ke Twitter ke buat content ke, kenyataan ke, bergurau ke, pakai otak sikit?
Nak cakap ke tak ehh. Haih. Cakap lah.
Boleh tak yang nak post apa apa dekat instagram ke twitter ke buat content ke, statement ke, bergurau ke, pakai otak sikit? https://t.co/Arz1EjwQBc
— MIRA FILZAH (@MFMiraFilzah) May 24, 2021
Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman memuatnaik status berkenaan pada hari Isnin, berkongsi semula paparan skrin info dan individu tersebut memohon maaf.
Susulan video tersebut, polis kini sedang mengesan wanita tersebut yang turut mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) menyembunyikan perkara sebenar kematian Allahyarham di dalam video itu.