“Pakai Otak dan Peka Pada Persekitaran”- Netizen Bengang Dengan Puak Basikal Tak Bertamadun

Trending

“Pakai Otak dan Peka Pada Persekitaran”- Netizen Bengang Dengan Puak Basikal Tak Bertamadun

Tidak dinafikan, trend berbasikal kini, terutamanya road bike makin popular dikalangan rakyat Malaysia yang ingin berjinak dalam sukan berbasikal.

Tambahan pula, dengan sedikit kelonggaran yang diberikan untuk berbasikal sewaktu PKP, ramai yang mengambil kesempatan untuk berpeluh atau melakukan aktiviti luar.

Advertisement

Namun, ada segelintir kumpulan berbasikal yang masih lagi tidak mengendahkan atau peka pada persekitaran.

Seorang penunggang basikal Danial Mazlan, mengkongsikan kekecewaan beliau dengan sikap segelintir penunggan basikal yang tidak bertamadun di Hulu Langat.

Kayuh basikal jangan kayuh tengah jalan, Langat ni jalan kecik je,kalau group besar, pecah la sikit2

kredit – Danial Mazlan

.

Beliau juga menjelaskan sebagai contoh jika ada 20 orang yang ride, pecahkan kepada dua kumpulan untuk memudahkan pengguna jalanraya untuk memotong.

Kalau 20 rider kayuh, bapa py panjang keta nak potong. Saya ulang lagi sekali “Langat ni jalan kecik” pakai otak dan peka pada persekitaran

gambar hiasan – via alchemy rider

Sebagai contoh, beliau mencadangkan :-
Batu 18 ke perez(Buat double file elok)
Batu 18 ke batu 9(Buat single file elok)
Batu 18 ke Gunung Nuang(buat single file elok)

Jangan parking depan rumah orang, lepas tu bila orang dah tegur, “ni tanah saya awak tak bole parking sini”

gambar hiasan – kredit Folding Tales

“Saya faham ramai yang kayuh basikal ni orang berada, tapi tak guna kalau ada duit banyak tapi tak ada sensitiviti menghormati orang. Jgn ingat orang kampung ni takda hati dan perasaan. Saya rasa terkilan betul dengar dari cita sahabat saya yang juga berniaga di Langat, bila suruh parking tempat lain , cyclist tersebut naik suara”

Kini, ramai penduduk kampung telah menyediakan tempat meletak kereta dengan harga yang cukup mampu milik, jadi orang yang pakai kereta beratus-ratus ribu tu, tak payah nak menyemak dekat kawasan rumah orang.

Ada pandemik pun nak kumpul ramai-ramai.

Amalkan stop 10mins max bersempena Covid-19 ni, kat T junction/Genting Perez. Genting Perez dah macam pasar malam sekarang.

“Saya faham, basikal kebanyakan anda mahal, nak orang tengok, nak ushar orang, nak ushar sapa cyclist2 yang tgh in trend sekarang nak ushar artis ride. Tapi ingat la, bahawa keselamatan semua lagi penting, nnt covid ni dah habis, korang pasang la kemah kat T junction, peak perez,lepas tu selfie la puas2 sampai kiamat. Buat masa ni , jaga la keselamatan dulu.”

kredit – Danial Mazlan

Kepada mereka yang nak pakai support car acah LTDL

gambar hiasan – kredit Sports 247

“Bila ada keperluan pakai support car, cakap kat driver tuan2” Eh Ali kau tunggu aku kat T junction” suruh driver tu pergi terus ke t junction, or peak perez, jangan la suruh kereta tu duduk belakang peloton”

Kalau support car anda tu Toyota Estima dengan kelajuan 20km/h bayangkan kesesakan yang akan berlaku.

Akhir sekali, muka tu senyum la sikit, kita dekat kawasan orang, bukan kena bayar pun. Sikap sopan santun ni bukan dekat rumah atau dengan orang yang kita kenal, dapat la pahala sikit.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...