Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Pakai ‘Mask’ Tu Elok-Elok..” – Aliff Syukri Dikecam Tak Pakai Pelitup Muka Dengan Betul

IG Aliff Syukri

Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukir dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida dikecam hebat dari netizen akibat tidak memakai pelitup muka dengan cara yang betul ketika berkunjung di Langkawi, semalam.

Advertisement

Perjalanan mereka ke destinasi perlancongan itu dirakamkan dalam satu vlog dari mula menaiki penerbangan di Kuala Lumpur hingga sampai ke pusat percutian tersebut dan vlog itu dikongsikan di akaun Instagram Aliff Syukri.

Meninjau di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen menegur apabila melihat usahawan kosmetik itu hanya memakai mask di bahagian dagu dan mendedahkan hidung serta mulutnya.

Advertisement

IG Komen Aliff Syukri

Di dalam video itu terlihat Aliff kebanyakkan masanya menurunkan pelitup mukanya sedikit dengan meletakkan ia di bahagian dagu, namun beliau tidak mendiamkan diri dan di dalam kapsyen video itu dia menjelaskan dirinya sengaja berbuat sedemikian hanya ketika hendak bercakap kerana mahu suaranya jelas di dalam video berkenaan.

Sekadar info, Aliff Syukri serta isterinya berkunjung ke Langkawi atas urusan kerja serta hendak mempromosikan sebuah tempat penginapan disana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top