Baru-baru ini, tular satu cerita di laman Twitter mengenai seorang gadis mengadu dirinya telah disalahkan oleh pegawai polis bertugas apabila membuat aduan
Melalui ciapan yang dilakukan, gadis tersebut ingin membuat laporan kerana diganggu semasa menghadiri AnimeFest yang berlangsung beberapa hari lalu, namun maklum balas yang dirinya dapat dari pihak polis yang bertugas ketika itu sememangnya mengecewakan.
I went to the police station in my cosplay because i needed to make the report fast. The officer told me “u pakai macam ni, jual gambar macam ni, ini adalah consequences you.” “You pun juga salah”. Tiba2 event kena stalk kena slut shame buy1free1
— Pudds ? (@deadpudds) May 17, 2022
Menurut gadis berkenaan, ketika dia pergi membuat laporan di balai polis terbabit, dirinya sedang memakai kustom dan disebabkan itu pegawai polis terbabit seakan-akan menyalahkan dia semula.
You pakai macam ni, jual gambar macam ni. You pun salah juga.
Bukan itu saja, malah pegawai berkenaan sempat bertanyakan umur gadis terbabit dan meminta agar dia menilai semula pekerjaan yang dilakukan ketika ini.
Insiden yang berlaku difahamkan berlaku di Balai Polis Kelana Jaya pada hari Isnin yang lalu dan ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid.
Dalam pada itu, semalam beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas pegawai yang bertugas itu atas pelanggaran disiplin yang dilakukannya.