Melalui platform Instagram, pelakon, Nelydia Senrose menerima pujian daripada warganet susulan kelihatan manis bertudung sambil berdiri disisi suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Dapat dilihat dalam hantaran yang dikongsikan, Nelydia atau nama sebenarnya, Datin Hajah Nik Zaris Nelydia Nik Sen berkongsikan beberapa foto sekitar momen suaminya dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
View this post on Instagram
Hal yang menarik perhatian warganet kerana aktres tersebut kelihatan manis memakai baju kurung dan menggenakan hijab sambil berdiri di sebelah suami tercinta.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, netizen kebanyakannya memuji penampilan Nelydia seperti itu, malah merasakan dirinya sesuai memakai hijab berbanding free hair dan mendoakan agar aktres berkenaan terbuka hati untuk memakai tudung semula.