Written by Bella | November 7th, 2019

Adat hidup berjiran memerlukan setiap individu untuk saling memahami dan bertolak ansur bagi memelihara keharmonian. Penting juga untuk ada hubungan baik dengan jiran, mana tahu kalau satu hari nanti berlaku apa-apa, merekalah orang yang terdekat. Tapi agak bengang dan sakit hati kalau dapat jiran mementingkan diri dan tidak ada adab.

tiz zaqyah

Baru-baru ini, pelakon Tiz Zaqyah menerusi Insta Stories meluahkan rasa terkilan dan berang dengan sikap jirannya yang disifatkan begitu angkuh dan mementingkan diri.

Menurut Tiz, dia baru sahaja berpindah masuk ke rumah barunya tetapi proses mengangkat barang menjadi sukar kerana kereta jiran berkenaan parkir di hadapan rumah sehingga menghalang laluan mereka.

tiz zaqyahLebih teruk dan agak makan hati apabila bapa Tiz menegur jiran tersebut, individu berkenaan membalas pertanyaannya dengan angkuh.

Macam-macam perangai orang sekarang ini. Tidak ada langsung rasa ingin menghormati orang lain apatah lagi jiran tetangga. Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan bermasyarakat, apa salahnya bertolak ansur agar semua orang dapat hidup aman damai.

Sumber Berita : Forum CARI

4 responses to Pakai Kopiah Tapi Kesian Tak Ada Adab, Angkuh – Tiz Zaqyah Bengang Dengan Siapa?

  1. Mak Ngah says:

    Ulang alik pergi masjid tapi perangai masih seperti syaitan? kena cek balik solat tu, mesti ada yang tak kena. sama ada segi bacaan atau tertib solat. solat yang tak sah tidak akan membawa perubahan yang baik pada diri. iklan kat page ni makin teruk banyak, susah nak baca, susah nak komen. aku dah taknak masuk page. semak pala.

  2. Anonymous says:

    ingat org g surau confirm elok perangai… dari 10 org sure 5 tu perangai nauzubillah..

  3. dina says:

    datang sini nak baca komen..tapi komen tkde…hihihihi

  4. Anonymous says:

    ramai ade perangai mcm ni… apeder hal kalo aku amik pisau cucuk tayar jer… atau hold pisau tu carik keliling kete… xyah ckp byk dgn jenis manusia parking depan umah org…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini