Siapa antara anda yang dulu ada experience pakai kanta lekap lepas tu mata rasa kering, tak lama lepas tu mata pun jadi merah sampai nampak saraf-saraf dekat mata kita. Mula-mula ingat mata kita tak sesuai, sebab tu jarang pakai lens.
Baru-baru ni ada kami ada pergi ke satu drugstore ni dan mereka recommend sangat satu solution penjagaan kanta lekap yang laku keras dekat Jepun tau. Jadi kami pun cubalah dan result dia memang best giler weh! Nak tau apa yang best? Ni nak cerita ni.
*Berdasarkan INSTAGE SDI, jualan unit SRI+ selama 16 tahun berterusan dari 1 Januari 2006 hingga 31 Disember 2021
Satu Keluarga Dah Jarang Pakai Spek Mata
Nak dipendekkan cerita, satu keluarga kami memang pakai spek. Kalau pakai lens pun bila keluar rumah pergi kenduri, shopping mall tak pun bila buat aktiviti riadah air. Ye la, tak kan nak pakai spek dalam air.
Okay tadi kami ada sebut pasal satu solution yang best kan. Solution yang kami maksudkan tadi tu brand Rohto Eye Drops, nama dia Rohto Cool Multi-Purpose Solution. Serious lepas guna solution ni, kanta lekap dah tak rasa kering dekat mata, mata pun dah tak merah-merah macam sebelum ni.
Kami pun recommend la dekat ahli keluarga dan sekarang mereka dah jarang pakai spek mata bila keluar rumah. Ini bermaksud, mereka pun selesa lepas guna solution penjagaan lens daripada Rohto Eye Drops tu.
Alhamdulillah, jadi kami pun nak share sikit ilmu yang kami dapat dekat anda semua pasal Rohto Cool Multi-Purpose Solution supaya anda dapat keselesaan yang sama bila pakai kanta lekap. Jadi apa best sangat pasal produk ni?
1. Membersih dan Membasmi Kuman
Dalam Rohto Cool Multi-Purpose ni ada satu bahan yang dipanggil Poloxamer berfungsi membersih dan membunuh kuman yang ada pada kanta lekap yang kita pakai. Mudah je, anda letak sikit solution tu atas tapak tangan dan gosok sikit pakai jari, lepas tu bilas guna solution yang sama.
2. Melembabkan Kanta Lekap
Kandungan Hypromellose yang ada dalam solution ni, membantu melembut dan melembabkan kanta lekap kita. Jadi bila kita pakai seharian pun mata tak sakit disebabkan lens kering. Tu syiok pakai tu.
3. Memberi Keselesaan Pada Mata.
Paling best, solution ni mempunyai kadar pH yang sama macam air mata kita tau. Jadi bila anda pakai lens, mata tak ada rasa iritasi atau pedih pun.
4. Memberi Kesan Sejuk Pada Mata.
Lain dari yang lain, Rohto Cool Multi-Purpose Solution ni ada cooling effect yang jadikan mata kita segar saat kita pakai lens. Jangan risau effect bukan pedih, cuma sejuk je.
Rutin Ringkas Penjagaan Kanta Lekap
Ha, anda dah tau sikit pasal solution ni kan! Seterusnya kami nak share pulak tips penjagaan kanta lekap. Bukan apa, ramai antara pengguna kanta lekap tahu pakai cuma maintenance kelaut. Jadi follow cara ni untuk dapatkan mata yang selesa bila pakai kanta lekap.
1. Elakkan Pakai Kanta Lekap Sejurus Dibuka.
Biasanya kanta lekap yang kita dapat daripada kedai direndam dalam cecair khas. Kalau kita terus pakai lens tu, ia akan menyebabkan mata kita sakit.
2. Sentiasa Peka Dengan Keadaan Kanta Lekap.
Bekas penyimpanan kanta lekap perlu dicuci dan di sterilize seeloknya sekali seminggu dan perlu diganti setiap tiga bulan sekali.
3. Sentiasa Cuci Kanta Lekap
Setiap 3-5 hari, anda boleh gosok lens guna jari bagi menghilangkan bendasing yang mungkin ada pada kanta lekap. Nak kesan yang optimum guna Rohto Cool Multi-Purpose Solution.
4. Tukar Solution Setiap Hari
Adalah digalakkan untuk menukar solution penjagaan setiap hari walau lens tidak digunakan. Ini bagi mengurangkan kadar pertumbuhan kuman pada kanta lekap kita.
Rohto Cool Multi-Purpose Solution Teman Mesra Pengguna Kanta Lekap
Okay macam mana, harap anda dapat sedikit ilmu daripada kami. Ye la benda best kena kongsi!
Buat pengguna kanta lekap, kami yakin anda pun ada experience yang sama macam kami. Jadi mungkin ada yang baru mula nak pakai kanta lekap tu pun boleh cuba produk jenama Rohto Eye Drops dari Jepun yang memang dah lama bertapak dan memperjuangkan produk penjagaan mata tau.
Disebabkan permintaan tinggi, Rohto Eye Drops ada buat promo dekat Shopee Official Store mereka tau. Anda boleh klik pautan ni, https://bit.ly/3mHunMo lepas tu tebus potongan 30% untuk produk Rohto Multi-Purpose Solution pada harga RM35, 500ml.
Ingat tips penjagaan dia juga tau. Selalu mak-mak ada berkata, ‘barang mahal kalau tak pandai jaga pun boleh rosak’. Jadi tepuk dada tanya selera.