Written by Bella | January 16th, 2019

Pasangan pengantin baru Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar terus menjadi perhatian ramai apabila meraikan lagi perkahwinan mereka dalam sebuah majliis resepsi sebelah lelaki yang serba mewah pada hujung minggu lalu.

Mengenakan busana konsep tradisional berwarna ungu, ramai yang terpesona melihat kecantikan baju perkahwinan tersebut walaupun Elfira memakainya selama sejam sahaja.

Hasil rekaan eksklusif, Rico Rinaldi, pereka fesyen itu memberitahu beliau mengambil masa selama 5 hari untuk menyiapkan persalinan tersebut. Menariknya, busana itu menggunakan kain songket Palembang pemberian ibu mertua Elfira.

Saya teruja apabila El (Elfira) mahukan saya untuk menyiapkan baju resepsi sebelah pihak lelaki dan dia menyerahkan sepasang kain songket Palembang pemberian ibu mertuanya kepada saya. Pada mulanya saya mereka busana itu berkonsepkan kostum tradisional Thailand, namun oleh kerana bidang kain tidak mencukupi saya terpaksa menukar rekaan itu.

Jadi, saya terjemahkan kain songket Palembang itu dalam konsep tradisional kontemporari dan mengangkat elemen Jawa. Songket Palembang dijadikan aksesori luaran sebagai samping dan selendang.

Aksesori sanggul lintang serta bunga tangan emas membuatkan Elfira tampak mewah, manakala penggunaan bunga melur menambah lagi elemen Jawa dalam rekaan tersebut.

Bukan itu sahaja, sebanyak 50,000 biji manik termasuk daripada jenama Swarovski digunakan untuk menyiapkan busana Elfira. Selama 70 jam dan 11 artisan diperlukan untuk menyiapkan persalinan tersebut yang harganya mencecah RM30,000.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : Black Pepper Production

79 responses to Pakai Hanya Selama Satu Jam, Busana Perkahwinan Elfira Loy Ini Cecah RM30,000

  1. Anonymous says:

    aku rase cukup2 laa bersanding tu dah nama pon raja sehari time tu kalau ko nak grand sakan buat lah, ni kalau dah masuk ke 4,5x mmg bosan.

  2. zaza says:

    patut cari yang kaya….. nasin baik la bukan jodoh hg sufian… kalau tidak papa la hang….

  3. Anonymous says:

    salam 30 RIBU kau terbang untuk pian salam 50JUTA
    KAU RUGI BAJU TU BAU KETIAK SEJAM 30RIBU HARAP CANTIK DI GAMBAR
    HATI XCANTIK .PUIHHHHH ELPIRALOYAAA

  4. kakikucinghitam says:

    baju tu xcantik. serabut! satu tipss kalau pakai kain songket , buat design yg simple utk serlahkan songket tu.. xyah rambu ramba labuci api membara kt dada.. xyah semua tu.. hlg seri songket

  5. Bawang kunyit says:

    Jangan jafi macam erin malik ke sapa ntah nama tu. Dah beranak pinak hutang baju kawen x bayo, sudah lah ???

  6. rowena says:

    bangga dpt pakai baju harga ribu riban. next …

  7. Anonymous says:

    Hutang ceti dah bayor ke belum?