Tahukah anda memakai gelang pink untuk suka-suka, prank, buat kelakar atau lawak bodoh adalah satu kesalahan? Baru-baru ini tindakan seorang Instafamous yang dikenali sebagai Chazynash telah melakukan perkara tersebut sambil keluar menjamu selera di sebuah restoran. Video perbuatan itu telah dimuatnaik dan menjadi tontonan rakyat Malaysia yang rata-rata mengutuk perbuatan tidak bermoral ini. Iyerlah, orang tengah takut COVID-19 kau boleh selamba buat benda macam ini.
Walaupun memaklumkan segala lakonan di dalam video tersebut adalah “staged” dan bukannya dilakukan di tempat awam, perbuatan Chazynash ini walaupun sekadar untuk “syok-syoK” adalah BERSALAH menurut Menteri Kanan Dato’ Ismail Sabri.
Pihak polis boleh mengambil tindakan lanjut jika diinginkan. Kata beliau:-
Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan.
Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga menipu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menipu orang ramai. Dia pun salah melakukan perkara tersebut.
Terserah kepada polis untuk ambil tindakan. Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita menjadikan ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar. Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar
Untuk makluman, Chazynash telah pun membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan videonya itu:-
Semoga dengan amaran oleh Dato Ismail Sabri ini akan mengajar kita menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab dan tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan keresahan serta kebimbangan, terutama yang berkaitan dengan COVID-19. Marilah kita sama-sama menjadi rakyat yang bertanggungjawab.