Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Pakai ‘Gelang Pink’ Makan Di Restoran, InstaFamous Chazy Nash Dikecam Netizen

Sengaja mengundang kecaman, selebriti media sosial Chazy Nash akhirnya dikecam netizen apabila dia bertindak memakai ‘gelang pink’ yang diwajibkan pemakaiannya kepada mereka yang menjalani proses kuarantin COVID-19.

Dia yang dilihat memakai gelang berwarna merah jambu itu ketika menjamu selera di sebuah restoran telah mengundang amarah dan perhatian daripada netizen.

Advertisement

Chazy telah berkongsi video tersebut di ruangan instagram miliknya di samping permohonan maaf kerana telah membuatkan pelanggan restoran tersebut risau dijangkit penyakit itu.

View this post on Instagram

15/9/2020 – Sorry semua ??

A post shared by Chazynash (@chazynash) on

Dalam video tersebut, pelanggan lain dilihat sedang mengambil gambar dan video tindakan Chazy menerusi telefon bimbit masing-masing. Namun, seorang pelanggan tampil menegur Instafamous tersebut dan rupa-rupanya gelang yang dipakai Chazy adalah gelang yang disediakan isterinya untuk mengelakkan dia keluar dari rumah, bukannya gelang kuarantin COVID-19.

Setelah mengetahui perkara sebenar, pelanggan di restoran tersebut telah mentertawakan insiden tersebut.

Ketika meninjau ruangan komen, ada di kalangan netizen merasakan perkara tersebut tidak sesuai ditunjukkan kerana ianya isu sensitif dan membabitkan isu kesihatan.

Namun, Chazy dalam kapsyen videonya itu tampil memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan video tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. minah jambu say NO to drug

    September 18, 2020 at 8:38 pm

    sakit semua orang2 ni semua dh jadi biol..gelang pink pon nak di jadikn isu

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top