Pakai Gaun Seksi, Eyka Farhana Di’tarbiah’ Netizen Agar Tutup Aurat

Hiburan

Pakai Gaun Seksi, Eyka Farhana Di’tarbiah’ Netizen Agar Tutup Aurat

Jika statusnya seorang selebriti, pasti setiap tindakan dan gerak-geri akan menjadi perhatian peminat dan juga masyarakat.

Eyka Farhana
2 years ago

"Masing-Masing Ada Impian Untuk Dikejar.."- Eyka Farhana Enggan Lagi Kongsi Kisah Cinta Bersama Akhyar Rashid Di IG

Advertisement

Baru-baru ini, penampilan pelakon kecil molek Eyka Farhana nampaknya telah menjadi perhatian netizen apabila dia dikatakan berpakaian terlalu seksi dan mencolok mata.

Malah, dia dikatakan menjadi ‘fashion victim’ berikutan busana yang dipakainya seperti tidak cukup kain, bak kata warga maya.

Dia yang memakai gaun berona hitam dihiasi reben hitam besar menutupi bahagian dadanya kelihatan menawan dan elegan sekali.

Meskipun diasak dengan pelbagai kritikan daripada peminat, pelakon drama Budak Tebing ini tidak melatah dan hanya membiarkan komen-komen tersebut berlegar di media sosialnya.

“Tutup aurat kak. Insya-Allah akan mendapat hidayah nanti.” tulis seorang netizen.

“Mangsa kezaliman fesyen. Sanggup buat apa sahaja demi populariti.” sahut pengguna yang lain pula.

Dalam pada itu, ada pula yang mempersoalkan ucapan hari Natal yang dibuat Eyka menerusi hantaran tersebut.

Macam-macam hal! Doakan yang baik-baik sahaja buat Eyka Farhana ya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...