Pakai Gaun Nampak Bahu, Natasha Hudson Enggan Layan Kecaman Netizen

Hiburan

Pakai Gaun Nampak Bahu, Natasha Hudson Enggan Layan Kecaman Netizen

Dikecam netizen kerana menyarungkan gaun putih yang menonjolkan sebahagian bahunya, Natasha Hudson memilih untuk tidak melayan kritikan tersebut.

Gaun itu dipakai ketika pelakon itu menjayakan sebuah majlis pelancaran produk Crystal C White di mana dia turut dinamakan sebagai wajah dan ikon produk tersebut bersama pelakon Keith Foo yang merupakan dutanya.

Advertisement

Selepas memuat naik foto gaun tersebut di media sosial, ruangan komen entri Natasha itu dibanjiri dengan pelbagai kecaman. Pun begitu, wanita itu menjellaskan bahawa merasakan bahawa pakaian itu tidak mempunyai masalah kerana masih lagi berlapik.

“Penata gaya telah dilakukan oleh pihak pengasas produk dan saya tiada masalah untuk menggenakan gaun tersebut kerana ia masih lagi berlapik dan bukan seperti apa yang difikirkan orang.”

natasha hudson

Tambahnya lagi, dia bukannya selalu mengenakan gaun dan ianya hanyalah untuk majlis pelancaran produk tersebut.

“Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini majlis pelancaran produk! Tambahan pula saya bukan selalu mengenakan gaun.”

Di kesempatan itu, Natasha juga meminta netizen lebih matang dalam memberi komen atau melemparkan pendapat kerana hal ini berkaitan dengan kerjayanya.

“Saya pun malas nak dengar kata-kata orang sebab orang di luar tidak akan berhenti bercakap walau apa pun yang kita buat. Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang menyuapkan makan.”

natasha hudson

Kalau jadi selebriti, kenalah hadap dan tepis kritikan ramai kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...