Siapa tak kenal dengan Fauziah Ahmad Daud ataupun lebih mesra dipanggil sebagai Ogy? Pelakon veteran itu tak pernah ‘cover’ apabila menyampaikan pendapatnya sehingga menyebabkan orang lain yang tak kena marah pun turut takut sekali.
Ogy juga kini agak aktif di laman Youtubenya yang dinamakan sebagai OgyTV. Menerusi platform itu, wanita tersebut sering mengupas topik semasa sebagai isu diskusi bersama pengikutnya. Terbaru, Ogy telah membangkitkan isu mengenai kanak-kanak yang ‘dilayan’ seperti orang dewasa dalam program realiti kanak-kanak.
Dia menegur program sedemikian yang membawa isi yang terlalu dewasa walhal pesertanya ialah kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun.
Budak 8 atau 9 tahun pergi ke pentas, pakai gaun, crown, dengan lipstik bagai nak rak, false eye lashes lagi. Berat mata budak tu. Tiba-tiba nyanyi lagu ‘Perawan atau Janda’. Gila ke apa?
Ogy juga menjelaskan bahawa kanak-kanak ini masih kecil dan berbakat besar. Tapi harus digilap dengan cara yang betul. Mula perlahan-lahan dengan menyanyikan lagu patritotik atau lagu yang bersesuaian dengan usia mereka.
Mereka berbakat, jadi apa salahnya bagi lagu-lagu Patriotik. Biar bertepatan dengan usia mereka.
Selain itu, dia juga mengharapkan agar peserta cilik ini semua tidak dipaksa menyanyikan lagu dengan nada yang tinggi, takut boleh timbulkan masalah kesihatan nanti.
Wanita itu mengingatkan agar produser diluar sana mengambil iktibar dengan ‘bebelan’nya ini pada masa hadapan. Baginya, kanak-kanak sepatutnya dibiarkan menjadi diri mereka sendiri dan bukannya dilayan seperti orang dewasa.
Rata-rata warganet juga turut bersetuju dengan luahan hati Ogy ini kerana rancangan sebegini hanya membuatkan kanak-kanak berkelakuan seperti orang yang lebih tua daripada usia mereka.