Pempengaruh media sosial, Leona yang juga anak kepada pelakon senior Azhar Sulaiman, sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik video menari di TikTok.
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang kecaman ramai gara-gara penampilannya yang dianggap terlalu seksi.
Dalam video itu, Leona dilihat mengenakan gaun pendek ketat berwarna hitam yang menampakkan bentuk tubuh serta bahagian dada yang menonjol. Aksi tarian santainya itu pantas tular dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Rata-rata meninggalkan komen menegur gaya pemakaian Leona yang disifatkan tidak sopan dan tidak sesuai dikongsi secara terbuka di media sosial.
Ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana sebagai anak kepada seorang figura seni terkenal, penampilannya sering menjadi perhatian umum.