Pakai Gaun Hadiri ‘Birthday Party’, Ratu Dikritik Makin Berani Pakai Ketat – “Tudung Labuh Hang Mana?”

Trending

Pakai Gaun Hadiri ‘Birthday Party’, Ratu Dikritik Makin Berani Pakai Ketat – “Tudung Labuh Hang Mana?”

Apa sahaja video tentangnya pasti mendapat reaksi dan respon ramai warganet di TikTok sama ada mereka terhibur atau menghentamnya gara-gara sesuatu tindakan.

Nama Ratu Farah Diva atau mesra dipanggil Ratu dalam kalangan warganet sering menjadi bualan dan meraih perhatian ramai di media sosial.

Advertisement

1 year ago

Ratu Buat Kecoh Lagi, Terpekik Naik Kuda Sampai Pengunjung Resort Keluar Bilik Tengok - "Dah Tau Takut Kenapa Naik?"

Terbaru, penampilan Ratu yang menggayakan gaun kembang ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran pengasas tudung jenama Fareha mendapat kritikan segelintir individu.

Sejak menghadirkan diri ke majlis itu, Ratu sudah memuat naik enam video berbeza dalam persalinan yang sama dan setiap hantaran dipenuhi dengan pelbaga komen netizen.

Gaun yang digayakan Ratu itu menimbulkan pertikaian ramai warganet di mana sesetengah daripadanya berasa dia kini semakin berani dalam berpakaian.

Menurut mereka, Ratu berani memakai gaun yang nipis sehingga menampakkan tubuh badan selain turut menegur tudungnya yang dikatakan semakin singkat.

Segelintir daripada mereka malah turut menyindir Ratu dan menyentuh tentang kenyataannya sebelum ini yang berkata hanya mahu bertudung labuh.

Beberapa netizen turut berkata tentang gaun itu yang nampak sangat sendat di bahagian tangan, bahu dan ketiak Ratu sehingga ada yang risau jika ia terkoyak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...