Pakai Duit Sendiri, Daiyan Trisha Tak Lokek Hulur Bantuan Kepada Individu Terjejas PKP 3.0

Hiburan

Pakai Duit Sendiri, Daiyan Trisha Tak Lokek Hulur Bantuan Kepada Individu Terjejas PKP 3.0

Penyanyi dan juga personaliti TV, Daiyan Trisha memberitahu bahawa dia berasa sangat tersentuh dan pening memikirkan nasib mereka yang kebanyakannya terjejas dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19 ini.

Disebabkan oleh perkara itu, dia mengambil keputusan untuk membantu insan-insan memerlukan pertolongan dengan menggunakan wang simpanannya sendiri.

Advertisement

Meskipun tidak banyak, namun ujar Daiyan dia hanya membantu mengikut kapasiti dan kemampuan yang ada.

“Tidaklah banyak tapi saya bantu ikut kemampuan. Paling kasihan ada individu mesej saya di Instagram minta dibantu kerana tiada duit untuk beli susu. Pelajar Universiti juga ada minta bantuan.”

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu turut dilihat kerap berkongsi makluman mengenai badan pertubuhan kebajikan yang boleh dihubungi di Instagram kepada mereka yang memerlukan.

Menggunakan media sosialnya sebagai platform untuk membantu seramai mungkin orang yang terkesan, Daiyan berkata dia hanya meletakkan diri dalam situasi mereka yang terjejas akibat pandemik ini.

Dia juga sering memuat naik twit di media sosial Twitter yang mengulas mengenai isu-isu semasa berkaitan masyarakat dan COVID-19 serta berita-berita mengenai suntikan vaksin yang sedang berjalan dalam negara Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...