Pelakon cantik yang kini semakin aktif berlakon, Puteri Sarah Liyana ada berkongsikan sebuah foto yang memaparkan dirinya pada waktu kecil dahulu di Instagram.
View this post on Instagram
Yang menarik perhatian peminat apabila mata Puteri Sarah memang diakui semula jadi besar seolah-olah memakai ‘contact lense’.
Dalam hantarannya itu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof ini memberitahu bahawa anak matanya itu memang besar sejak dilahirkan dan menganggap ianya adalah anugerah daripada Allah S.W.T terhadap dirinya.
View this post on Instagram
Pelakon wanita itu juga menafikan bahawa dia sentiasa memakai kanta lekap untuk menampakkan matanya lebih besar daripada biasa.
“Ramai tanya Puteri Sarah pakai contact lense untuk besarkan mata ke? Betullah tu, dari i baby i pakai contact lense..” ujarnya di bahagian kapsyen foto tersebut.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji kecomelan Puteri Sarah sejak kecil itu.
Malah ada yang menyamakan wajah pelakon drama rantaian Evolusi KL Drift The Series ini dengan anak perempuannya, Sumayyah.