Penyanyi Amira Othman menafikan dirinya sudah bertunang dengan pelakon dan penyanyi Fattah Amin pada hari Jumaat lalu.
Menurut Amira, tiada sebarang majlis pertunangan berlaku antara mereka pada hari tersebut.
Difahamkan, cerita itu mula timbul setelah muncul dakwaan mengatakan ahli keluarga Fattah datang ke rumah keluarga Amira bagi tujuan merisik.
Pasal bertunang, saya tak tahu dari mana datang termasuk ada yang nampak saya pakai baju putih pada Jumaat lalu sedangkan saya selalu saja pakai busana warna tersebut.
Jadi saya tegaskan tiada sebarang majlis pertunangan antara saya dengan Fattah.
Ujarnya lagi, dia berasa terkejut dengan gosip tersebut namun mengetahui ada peminat yang teruja untuk melihat mereka bersama.
Amira juga berkata dia hanya bersikap terbuka apabila wujud terlalu banyak spekulasi mengaitkan dirinya dengan Fattah kerana memahami ia adalah kesan daripada gimik pelancaran single lagunya sebelum ini.
Tak ada timbul isu rimas dan tenang-tenang sahaja hadapi semua ini sebab semua gosip itu tak betul. Saya pun tak ada rasa kekok bila jumpa dengan Fattah, ini lumrah jadi anak seni.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.