Usahawan terkenal dan juga personaliti media sosial, Tya Arifin sememangnya sentiasa menjadi tumpuan netizen di media sosial kerana semangat dan juga kewibawaannya dalam dunia perniagaan yang diusahakan Tya kini.
Membawa jenama Mutyara dalam kehidupan bisnesnya, sudah pasti apa sahaja yang ditunjukkan menantu penyanyi tersohor negara ini akan menjadi perbualan dan ikutan ramai.
Terdahulu, Tya ada memuat naik foto percutiannya di Dubai menerusi sebuah hantaran di Instagram namun lain pula reaksi sesetengah netizen di ruangan komen.
Hanya kerana Tya bergaya bersama beg tangan, usahawan itu dituduh riyak dan menunjuk-nunjuk pula.
Tidak melatah dengan kritikan tersebut, Tya nampaknya mengabaikan sahaja komen-komen seperti itu di media sosial Instagram miliknya.
Difahamkan, Tya kini berada di Dubai atas urusan perniagaan bersama-sama beberapa lagi usahawan terkenal tanah air bagi memperkenalkan lagi jenama Mutyara ke persada dunia.
Dia juga aktif membantu wanita-wanita yang ingin mencuba bidang perniagaan menerusi program yang dianjurkan olehnya iaitu Berniaga Bersama Tya.
Malah, jenama Mutyara turut mendapat pengiktirafan daripada Superbrands Malaysia 2021, baru-baru ini.
Me
December 10, 2021 at 1:45 pm
Tak perlu saya sebut nma2 artis, usahawan yg pkai beg, perhiasan, pakaian berjenama tpi tak pulak di kata riak, knpa ya? ???
Anonymous
December 10, 2021 at 1:43 pm
Rsa nya byk juga artis usahawan lain pakai beg, pakaian, aksesoris berjenama, tak pulak d kata riak? ???
Anonymous
December 10, 2021 at 1:42 pm
Rsa nya byk juga artis usahawan lain pakai beg, pakaian, aksesoris berjenama, tak pulak d kata riak? ???
miss ju
December 10, 2021 at 1:42 pm
ada cara lain ke nak pegang handbag supaya tak nampak macam riak?
anonymous
December 10, 2021 at 11:53 am
yg komen pun pondan biasa la pondon tu jeles sebab tak mampu nak beli beg mewah LOL …sabar kak pok sila berusaha lebih kuat lagi ye.jgn jeles uolzs