Pakai Bandana Di Kepala, Netizen Usik Aprena Manrose – “Dah Terbang Dah Tudung”

Hiburan

Pakai Bandana Di Kepala, Netizen Usik Aprena Manrose – “Dah Terbang Dah Tudung”

Pelakon jelita, Aprena Manrose khabarnya sudah ‘terbang’ hijab apabila dia dilihat mengenakan bandana putih ketika bermain badminton bersama adik-beradiknya yang lain.

Video yang dimuat naik Nelydia Senrose itu memperlihatkan Aprena tidak mengenakan hijab sebaliknya menyerlahkan rambut perangnya yang diikat tinggi.

Advertisement

Aprena manrose lepas hijab

Pemilik nama lengkap Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman,31, itu turut menutup kepalanya dengan sehelai tuala kecil dan menampakkan leheri.

Sebelum ini, pelakon itu dikritik memakai topi dan ‘hoodie’ ketika berada di luar sekaligus menuai spekulasi yang dia bakal ‘melepaskan’ hijab.

Aprena walau bagaimanapun mengakui hatinya masih berbolak-balik untuk kembali tidak bertudung setelah mengambil keputusan untuk menutup aurat tiga tahun yang lalu.

Dia juga memohon orang ramai untuk mendoakannya agar sentiasa istiqamah dan bukan meninggalkan komen sinis dan pedas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wanna ali mesej whatsapp mesra dengan fattah amin
1 hour ago

Tular Perbualan WhatsApp 'Mesra' Dengan Fattah Amin, Ini Respon Wanna Ali - "Kita Jumpa Kat Padang Mahsyar"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...