Pakai Baju Tetapi Ibarat B**el – Fesyen Liyana Jasmay Dikritik

Hiburan

Pakai Baju Tetapi Ibarat B**el – Fesyen Liyana Jasmay Dikritik

Sudah lama kita tidak mendengar sebarang perkembangan terbaru tentang pelakon Liyana Jasmay, namun hujung minggu lalu, nama beliau menjadi bualan hangat pula di media sosial.

Advertisement

Semuanya gara-gara beliau memuat naik foto memakai seluar legging ketat berwarna coklat. Berhijab sejak setahun yang lalu, rata-rata netizen berpendapat fesyen yang digayakan oleh beliau itu tidak sesuai dengan imejnya selain mengundang fitnah.

Ada yang memberikan komen kasar dan ibaratkan Liyana seperti berbogel walaupun memakai seluar.

Walaupun dikecam, Liyana tidak mudah melatah dan masih mampu membalas kritikan yang dilemparkan kepadanya dengan tenang. Iyalah, dalam melakukan perubahan bukan mudah untuk terus menjadi sempurna kan? Setiap orang mempunyai kelemahan, tidak salah menegur tetapi biarlah dengan kata-kata positif.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.